Thursday, August 14, 2008

Kenapa Perlu Guna Wordpress Jika Ingin Membina Bisnes Internet Anda

Blogger adalah satu service blog percuma yang memang popular dan beribu-ribu blog dihasilkan setiap hari di seluruh dunia. Ianya senang digunakan dan sesiapapun boleh mencipta pelbagai blog - samaada untuk kepuasan diri sendiri, promosi bisnes, adsense atau affiliate.

Tapi yang benar-benar membengangkan pengguna internet terutama mereka yang cuba mencipta pendapatan melalui Blogger ialah ianya "fragile". Ianya senang di block atau di deletekan oleh Google jika ada Term & Condition yang dilanggar samaada sengaja atau tidak sengaja.

Dari pengalaman saya sendiri - jika salah promote, saya akan dapat email reminder atau posting di block secara tiba-tiba. Nak buat blog, cari content dan modify dah lah berjam-jam, tiba-tiba je di block ataupun di delete terus oleh Google.

Untuk mengelakkan ini dari berlaku dan jika anda serius dalam mencipta pendapatan melalui blog, anda perlu menggunakan Wordpress. Ianya mempunyai pelbagai kelebihan yang lebih mantap samaada untuk mencipta pendapatan Adsense atau affiliate. Dengan sedikit pelaburan, anda boleh mencipta blog menggunakan Wordpress - dan yang penting, selain mencipta pendapatan melaluinya, anda juga telah mencipta aset yang boleh dijual.

Saksikan video pengenalan kenapa anda perlu gunakan Wordpress untuk membina bisnes Internet anda:




Wordpress Adsense System

Internet Millionaires Bootcamp